Kelas Microsoft Office - Powerpoint & Advokasi

14 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Powerpoint dan mendidik mereka mengenai advokasi.

Dalam kelas ini, pelajar mempelajari Topik 3 iaitu pengurusan persembahan Microsoft Powerpoint. Mereka diajar cara untuk mencipta persembahan baru, menambah slide, kaedah mendua (duplicate) slide, delete atau buang slide dan menambah elemen teks ke dalam slide. Selain itu, mereka juga belajar mengenai Topik 4 iaitu mengenali elemen design, grafik, audio dan video. Peserta turut diminta untuk membuat latihan bagi setip topik yang telah diterangkan.

Pelajar juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB dapat mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta untuk menggalakkan masyarakat berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali